Monday, October 11, 2021

PELANCARAN LAMAN AZMANARIFFIN.COM

 DAPATKAN LATIHTUBI PEPERIKSAAN DAN UJIAN MALAYSIA

di https://azmanariffin.com



Tuesday, April 2, 2013

Semakan Temuduga MEdSI


Lepasan SPM, STPM dan Diploma yang memohon ke Program Pendidikan (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan – ISMP) di IPTA boleh menyemak Panggilan Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) di http://webmpm.mpm.edu.my/medsiregter/
Format MEdSI
Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu Personaliti (110 item), Minat Kerjaya (60 item), Nilai Integriti (70 item), dan Kecerdasan Emosi (60 item).
Tujuan MEdSI
Instrumen MEdSI telah dibangunkan untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti, dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pengajian pendidikan di IPTA.

Monday, October 8, 2012

Keputusan Permohonan DPLI j-QAF Ambilan Januari 2013

Tahniah kepada calon-calon yang terpilih untuk mengikuti ujian paling sukar di Malaysia iaitu ujian MTeST pada 20 Okt. 2013 nanti. Saban tahun berpuluh-puluh ribu calon KPLI menduduki MTeSt hanya sebilangan kecil sahaja yang akan dipanggil mengikuti temuduga. Jadi sesiapa yang mendapat peluang ini jangan remehkan ujian mtest ini tanpa apa-apa persediaan. Banyakkan latih2b... cara membuat latih2b perlu lebih berkesan dan menjimatkan masa. Ujian INSAK salah satu komponen wajib lulus MTeST mengandungi 135 item soalan menguji sahsian perlu dijawab dalam masa 30 minit. Jika anda tidak pernah melakukan latih2b secara pesat bagaimana dapat menjawab dengan pantas dan tepat??? Banyak buku dan ebook di pasaran anda boleh beli daripada harga RM5 hingga RM60 semuanya anda perlu jawab kemudian membuat semakan sendiri ouhh sungguh memenatkan... kalau anda hendak membuat latihan saat akhir pasti anda tidak sempat.... Jadi mahukah anda jika saya tawarkan sebuah inovasi pendidikan : PAKEJ eLEARNING MTeST dan MEdSI mengandungi set latih2b secara automatik memberi jawapan, skor dan gred kepada anda??? Jika gagal anda boleh mengulangi set tersebut sehingga lulus.... jimat masa anda kan??? Malah anda boleh ulang set-set latih2b tersebut sebanyak mungkin anda mahu dan setiap kali anda ulang sistem akan menukarkan kedudukan item automatik...  makin kerap anda jawab maka makin pantas dan tepat jawapan anda.  Sudah tentu peluang orang yang banyak buat latih2b menggunakan sistem ini lebih cerah berbanding calon lain betul tak???

Harganya pun berbaloi sebab PAKEJ ini juga ada panduan temuduga jika lulus MTeST nanti... DAPATKAN SEKARANG KLIK SINI 


Thursday, September 27, 2012

Tawaran DPLI j-QAF 2013


Kepada para graduan bidang-bidang agama dan bahasa arab anda berpeluang untuk memohon pekerjaan sebagai Guru DPLi j-QAF bagi ambilan 2013. Baca tawarab ini....

TAWARAN DPLI LPBS j-QAF 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM.
1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF
Mod Latihan : Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
Tempoh Pengajian : 18 BULAN
2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS
2.1 Warganegara Malaysia.
2.2 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
2.3
Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2013 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1978.
2.4
Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut: http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
2.5
Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
3. KEUTAMAAN
3.1 Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas.
3.2 Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan.
3.3 Calon yang memiliki pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan.
3.4 Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.5 Calon yang bersedia dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara
4. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
4.1 Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
4.2 Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.3 Calon yang diisytihar bankrap.
4.4 Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
4.5 Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
4.6 Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.
5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:
Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
5.1 Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
(i)Bahasa Arab
(ii)Pendidikan Islam
(iii)Pendidikan Khas j-QAF
6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
6.1
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2012 (Rabu) mulai jam 9.00 pagi.
6.1
Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 26 September 2012 (Rabu) dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
6.3
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
6.4
Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
6.5
Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran dalam borang e-permohonan. Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang BERJAYA dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
6.6
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 3 OKTOBER 2012 (RABU), JAM : 11.59 MALAM
8.
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Sektor Pengambilan dan Pendaftaran Latihan)
No. Telefon : 03-88841260/1230/1249/1253/1259/1280
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah.
No Telefon : 088-236804
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak.
No Telefon : 082-258045
Sumber: http://www.moe.gov.my
Jika dah ditawarkan nanti anda perlu lulus ujian MTest terlebih dahulu sebelum ditawarkan menghadiri temuduga. Eloklah anda membuat persediaan rapi bagaimana hendak menghadapi temuduga dan lulus. Hanya 38++ akan dipilih untuk tawaran kali ini…. biasanya berpuluh-puluh ribu memohon. Jangan tipiskan peluang anda dapatkan Panduan Temuduga dan MTest.

Friday, May 4, 2012

Semakan Temuduga KPLSPM

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) hari ini (30 April 2012 – Isnin) telahpun membuka Aplikasi Online Semakan Keputusan Panggilan Temuduga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012. Semakan boleh dibuat mulai jam 2 petang.

Untuk makluman, butiran tentang tarikh temuduga, semakan keputusan dan tarikh pendaftaran masuk adalah seperti berikut:

*Tarikh di atas adalah sebagai panduan dan tertakluk kepada perubahan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Semakan Keputusan Temuduga KPLSPM

Maklumat Penting Berkenaan Temuduga KPLSPM
Berikut adalah beberapa maklumat penting yang perlu diketahui oleh pemohon berkenaan temuduga KPLSM.

  1. Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  2. Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  3. Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  4. Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  5. Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  6. Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Kepada calon-calon yang telah mengisi borang permohonan, diucapkan selamat berjaya dan mengikuti temuduga KPLSPM. Jika ada kelapangan anda juga boleh merujuk entri: sebagai panduan untuk mengikuti temuduga nanti. Bagi yang tidak berjaya pula jangan berputus asa kerana peluang untuk anda melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi dalam bidang lain masih terbuka luas.