Friday, May 4, 2012

Semakan Temuduga KPLSPM

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) hari ini (30 April 2012 – Isnin) telahpun membuka Aplikasi Online Semakan Keputusan Panggilan Temuduga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012. Semakan boleh dibuat mulai jam 2 petang.

Untuk makluman, butiran tentang tarikh temuduga, semakan keputusan dan tarikh pendaftaran masuk adalah seperti berikut:

*Tarikh di atas adalah sebagai panduan dan tertakluk kepada perubahan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Semakan Keputusan Temuduga KPLSPM

Maklumat Penting Berkenaan Temuduga KPLSPM
Berikut adalah beberapa maklumat penting yang perlu diketahui oleh pemohon berkenaan temuduga KPLSM.

  1. Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  2. Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  3. Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  4. Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  5. Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  6. Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Kepada calon-calon yang telah mengisi borang permohonan, diucapkan selamat berjaya dan mengikuti temuduga KPLSPM. Jika ada kelapangan anda juga boleh merujuk entri: sebagai panduan untuk mengikuti temuduga nanti. Bagi yang tidak berjaya pula jangan berputus asa kerana peluang untuk anda melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi dalam bidang lain masih terbuka luas.

No comments:

Post a Comment