Tuesday, April 2, 2013

Semakan Temuduga MEdSI


Lepasan SPM, STPM dan Diploma yang memohon ke Program Pendidikan (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan – ISMP) di IPTA boleh menyemak Panggilan Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) di http://webmpm.mpm.edu.my/medsiregter/
Format MEdSI
Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu Personaliti (110 item), Minat Kerjaya (60 item), Nilai Integriti (70 item), dan Kecerdasan Emosi (60 item).
Tujuan MEdSI
Instrumen MEdSI telah dibangunkan untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti, dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pengajian pendidikan di IPTA.

No comments:

Post a Comment